PenawarAjaib4U
Dalam badan anda terdapat mekanisme perlindungan yang menakjubkan dikenali sebagai sistem imun. Ia direka untuk mempertahankan anda daripada berjuta-juta bakteria, mikrob, virus, toksin dan parasit yang sangat suka menyerang badan anda. Untuk memahami kuasa sistem imun yang sebenar, apa yang anda perlu lakukan adalah melihat apa yang akan berlaku kepada sesuatu benda hidup apabila ia mati. Ia kedengaran agak kasar, tetapi ia menunjukkan sesuatu yang sangat penting mengenai sistem imun anda.

Apabila sesuatu itu mati, sistem imun secara automatiknya akan terhenti. Hanya dalam masa beberapa jam, badan tersebut akan diserang oleh pelbagai bakteria, mikrob, parasit ... Semua organisma luar ini tidak mampu menyerang tubuh ketika sistem imunnya bekerja, tetapi apabila sistem imun terhenti pintu terbuka luas. Sebaik sahaja sesuatu itu mati ia hanya mengambil masa beberapa minggu untuk organisma ini  memusnahkan keseluruhan tubuhnya, sehingga semuanya tinggal rangka. Di sini, jelas menunjukkan betapa pentingnya sistem imun anda yang selama ini melakukan sesuatu tugas yang sungguh menakjubkan untuk menjaga anda secara keseluruhannya ketika anda masih hidup.

Sistem imun adalah suatu sistem yang kompleks, rumit tetapi sangat menarik. Terdapat sekurang-kurangnya dua sebab yang baik bagi anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. Pertama, adalah sangat menarik untuk kita memahami bagaimana perkara-perkara seperti demam, gatal-gatal, keradangan dan lain-lain berlaku di dalam badan kita sendiri. Kita juga mendengar banyak tentang sistem imun untuk memahami lebih lagi maklumat-maklumat kesihatan terutamanya yang berkaitan dengan ubat-ubatan baru yang kini berada di pasaran. 


Leave a Reply

penawarajaib4u 2013. Powered by Blogger.